Khamis, 15 November 2012

Curi Kotak Rokok Elektronik

Dua anggota polis sedang memeriksa barang yang dirampas dari rumah suspek

KUCHING: Seorang lelaki ditahan semalam berhubung kes curi sebuah kotak yang mengandungi lebih 10 unit rokok elektronik dari kereta pembekal di tempat letak kereta di Wisma SABERKAS di sini, baru-baru ini.

Penangkapan tersebut adalah hasil analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek, 30, itu berada di tempat kejadian semasa insiden tersebut dilaporkan. Suspek telah ditahan di rumahnya di Kampung Sungai Bedil Besar sekitar tengah hari semalam.

Menurut sumber, insiden tersebut dilaporkan berlaku pada Selasa lalu, selepas suspek bertindak melarikan sekotak rokok elektronik dari kereta pembekal yang tidak berkunci.

Bagaimanapun, suspek semasa insiden tersebut tidak menyedari bahawa kegiatannya itu telah dirakam CCTV yang kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Selain berjaya menjumpai semula rokok elektronik yang telah dicuri suspek, pihak polis turut menemui lebih daripada 20 telefon bimbit dan dua TV LCD dari rumah suspek.

Suspek semasa disoal berhubung kesemua barang tersebut gagal memberikan penjelasan menyebabkan pihak polis terpaksa merampas barang-barang tersebut untuk siasatan lanjut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan