Selasa, 6 November 2012

Hujan Selama 11 Jam Punca Banjir

Kharul menolak motosikal di pekarangan rumahnya yang dinaiki air

TELUK INTAN – Hujan selama hampir 11 jam sejak petang kelmarin menyebabkan beberapa perkampungan di sekitar daerah Hilir Perak dinaiki air awal pagi semalam sehingga memaksa 181 penduduk berpindah ke pusat penempatan sementara.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Sungai Manik, Labu Kubong, Chenderong Balai, Langkap, Kampung Ayer Hitam, Kampung SC, Kampung Kayu Ara dan Kampung Tengah dekat sini.

Sebahagian daripada penduduk dipindahkan lewat malam kelmarin ekoran paras air naik mencecah lebih satu meter manakala selebihnya berpindah pagi semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin memberitahu, setakat ini 181 penduduk melibatkan 51 keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam.

Beliau berkata, walaupun cuaca beransur baik pagi semalam, penduduk terlibat dinasihatkan supaya terus tinggal di pusat penempatan banjir bagi menunggu air surut sepenuhnya.


2 ulasan:

  1. Memang harus bersiap-siap menghadapi banjir dalam awal-awal musim penghujan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah sahabat...
      tambah lagi sekarang musim hujan...

      Padam