KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam menggesa kerajaan supaya bertegas de-ngan pelaksanaan skim gaji mi-nimum bulanan RM900 bermula 1 Januari tahun depan.
Presidennya Khalid Atan memberitahu Bernama majikan telah diberikan masa yang cukup dan kini mereka sepatutnya sedia untuk melaksanakan tindakan itu.
Khalid mengulas permintaan Presiden Persatuan Industri Kecil Sederhana (SMI) Malaysia Teh Kim Sim supaya kerajaan mengkaji semula rancangan itu dan tidak tergesa-gesa melaksanakannya.
Khalid berkata majikan tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menangguhkan ranca-ngan itu kerana pekerja telah menunggu hampir 12 tahun.
“Malahan MTUC mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat khususnya di kawasan bandar,” ujarnya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan