Seorang penjaja memanggang seekor ikan kap di Baghdad
BAGHDAD - Rata-rata pengunjung yang tiba di al Khadra, Iraq pasti akan memilih menu istimewa masgouf yang merupakan santapan popular Iraq dengan menggunakan ikan kap yang dipanggang.
Ikan segar itu dibelah dua dan dimasak dengan kombinasi bawang, rempah-ratus dan sos tomato. Ikan tersebut kemudian dipanggang di atas rak di dalam sebuah lubang yang dipenuhi bara api.
Pelanggan dikenakan bayaran sekitar 40,000 dinar (RM100) untuk setiap hidangan masgouf. Harga untuk hidangan ini dipercayai mahal mengikut standard restoran di Iraq.
Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di sini memilih untuk membeli ikan di pasar dan memasaknya di rumah.
Seorang penduduk Iraq Umm Ahmed memilih seekor ikan kap di sebuah pasar di Shawka yang terletak di pusat bandar Baghdad untuk dijadikan menu masgouf.
"Saya memasak menu masgouf dan ia menjadi memori untuk anak dan suami saya. Mereka terbunuh dalam satu serangan pada tiga tahun lalu, semasa solat Jumaat," katanya sedih.
Seorang peniaga, Harith Faraj, yang mengusahakan sebuah gerai jualan ikan segar bersetuju dengan mendakwa bahawa harga ikan lebih murah berbanding daging.
"Sekilo ikan berharga 6,500 dinar (RM15.25). Kini, ikan semakin mampu dibeli oleh setiap orang. Beberapa tahun lalu ia terlalu mahal," katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan