Khamis, 1 November 2012

Keranda 'Muncul' Dari Kubur Akibat Taufan Sandy

Keranda 'muncul' dari dalam kubur di perkuburan Crisfield kelmarin

CRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York.

Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.

Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington. Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan