Khamis, 1 November 2012

Penduduk Risau Jambatan Reput

Jambatan kayu yang patah dan reput di Kampung Tenang, Labis

LABIS - Sejak enam bulan lalu, pekebun kelapa sawit di Kampung Tenang di sini tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melalui jambatan kayu yang reput walaupun mengetahui bahaya menanti mereka.

Bukan itu sahaja, keadaan jambatan itu yang merentasi Sungai Kepoh itu menyebabkan aktiviti membawa hasil buah sawit dari kebun kerap tergendala.

Jambatan berkenaan menghubungkan Kampung Tenang dengan Hutan Lipur Taka Melor iaitu kawasan kebun milik penduduk.

Hasrat pekebun menggantikan pokok getah tua juga turut terbantut kerana jambatan itu tidak boleh dilalui kenderaan.

Seorang pekebun, Mohd. Azli Atan, 35, berkata, dia kecewa kerana jambatan kayu yang berusia lebih 20 tahun itu masih belum dibaiki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan