Khamis, 1 November 2012

Lelaki Warga Asing Didakwa Intai Wanita Mandi


KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas pertuduhan mengintai seorang wanita yang sedang mandi.

Bagaimanapun, Azman Musliadi, 19, mengaku tidak bersalah dan untuk itu, Majistret Herlina Muse menetapkan pada 9 November tahun ini sebagai tarikh bicara terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa mengintai seorang wanita berusia 23 tahun yang sedang mandi pada 2 Oktober tahun ini jam 11.30 malam, di bilik sewa, Sinsuran, di sini.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah, yang boleh didenda sehingga RM25 atau penjara seminggu.

Namun, tertuduh yang tidak memiliki sebarang dokumen peribadi tidak ditawarkan ikat jamin dan diarahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan