KUCHING: Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana memiliki 400 pil disyaki jenis Psikotropik pada Ahad lalu.
Ketika pasukan polis menghampiri suspek di sebuah tempat letak kereta di Jalan Haji Taha sekitar jam 11 malam, suspek dari Jalan Datuk Ajibah Abol itu pada mulanya menafikan ada menyimpan dadah atau barangan menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun apabila diperiksa, polis menjumpai beberapa paket plastik lutsinar yang mengandungi pil tersebut.
Suspek kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Kes sedang disiasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan