KULIM – Seorang lelaki nyaris maut ditembak tiga das sementara rakannya luka parah ditetak dalam satu pergelutan dengan dua lelaki di Taman Selasih, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kedah, Supt Law Tiang Huat berkata, serangan itu dipercayai bermotif hutang berkaitan perniagaan, antara mangsa dan penyerang.
Katanya, dua lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak datang ke rumah mangsa berumur 29 tahun kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
"Kenderaan penyerang dipercayai mengguna plat nombor palsu tiba di rumah mangsa yang kebetulan keluar menyambut ketibaan seorang rakannya.
"Seorang daripada penyerang tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan tetapi tidak mengenai sasaran.
"Rakan mangsa cuba menolong namun diserang seorang lagi lelaki dengan parang menyebabkan siku kanan dan lutut kirinya luka namun tidak parah,” kata Law kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan