Ahad, 11 November 2012

Produk Dan Perkhidmatan Daripada Eizil.Com


Tugasan yang pertama, kedua dan ketiga entri pertama yang bertajuk “ Cadangan Dan Kritikan Untuk Menambah Baik Eizil.Com ” telah pun di hantar. Hanya tinggal satu saja lagi tugasan iaitu “ Produk Atau Perkhidmatan Yang Di Inginkan Daripada Eizil.Com ” yang harus aku lakukan untuk contest di Eizil.Com. Cuma tinggal hari ini saja peluang untuk aku menyiapkan tugasan yang terakhir ini kerana tarikh tutup penyertaan adalah malam ini. 


Apakah produk atau perkhidmatan yang diperlukan dari Eizil.Com? Apa ekk? Terdapat banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Eizil.Com sama ada berbayar mahupun percuma. Kalau tanya kat aku, sudah tentu aku nak yang percuma. Hehehe…


Khidmat Blogger 

Perkhidmatan khidmat blogger ini adalah untuk khidmat nasihat kepada sesiapa saja yang memerlukan nasihat tentang blog terutamanya kepada blogger baru seperti aku. Tentu ramai blogger baru di luar sana mahu belajar lebih banyak lagi selok belok dalam penulisan blog. Tunjuk ajar dan bantuan ini adalah perlu bagi blogger baru dalam menangani masalah dalaman blog dan juga belajar bagaimana berblogging dengan cara yang betul. Panduan, info, tips, tunjuk ajar dan bimbingan daripada blogger2 otai amat di perlukan. 


Dalam dua tiga hari yang lepas, Eizil.Com telah memperkenalkan satu perkhidmatan baru iaitu " Anda tanya Eizil jawab ". Perkhidmatan ini bagi menggantikan " Khidmat Blogger " yang telah diberhentikan sekian lama. Perkhidmatan " Anda tanya Eizil jawab " ini di perkenalkan mungkin kerana ramai rakan2 yang menyertai contest ini mahukan perkhidmatan "Khidmat Blogger" di aktifkan semula. Wahh, begitu cepat dan pantas Eizil.Com memenuhi kehendak dan permintaan rakan2 semua.



Satu perkhidmatan berbayar yang menarik di Eizil.Com adalah perkhidmatan sekuriti. Eizil.Com menyediakan perkhidmatan sekuriti untuk para blogger. Sebagai seorang blogger, keselamatan blog dan data-data di dalamnya adalah amat penting. 


Eizil.Com menyediakan perkhidmatan sekuriti kepada sesiapa saja yang berminat dan memerlukan perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan berbayar ini ditawarkan dengan harga RM150.00 sahaja. Perkhidmatan ini disediakan untuk sesiapa yang memerlukan bantuan pemasangan Cloud Flare dan juga pemasangan ciri-ciri keselamatan pada blog WordPress (self hosted). 


Untuk maklumat lanjut klik DISINI


 Keselamatan blog dan data-data amat penting




Selesailah sudah tugasan yang terakhir untuk contest Eizil.Com  Salam perkenalan buat semua dan kepada rakan2 yang ikut serta dalam contest ini, semoga berjaya...



               


2 ulasan: