Sabtu, 3 November 2012

Remaja Dakwa Dirogol Lelaki Baru Dikenali

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang remaja perempuan membuat laporan polis semalam mendakwa telah dirogol seorang lelaki yang baharu dikenalinya.

Mangsa, 16, berasal dari Demak Laut, di sini dikatakan baharu berkenalan dengan suspek, 20-an, yang dikenalinya melalui seorang rakan petang Khamis lepas.

Sejak itu, mangsa dan suspek sering berbalas sistem khidmat ringkas (SMS) sehingga suspek mempelawa mangsa untuk keluar bersiar-siar sekitar jam 9 malam hari yang sama.

Selepas bersiar-siar selama kira-kira dua jam, mangsa kemudian meminta suspek menghantarnya pulang tetapi sebaliknya dibawa oleh suspek ke sebuah rumah di Kampung Rampangi di mana dua lagi rakannya (lelaki) berada di situ.

Sebaik mangsa memasuki rumah tersebut, suspek telah bertindak mengacukan sebilah pisau kepada mangsa dan meminta mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Mangsa kemudian cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi sebaliknya ditangkap oleh suspek sebelum dua lagi rakan suspek bertindak memegang kaki dan tangan mangsa.

Suspek kemudian mengambil kesempatan tersebut untuk merogol mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Mangsa yang terkurung di rumah tersebut hanya dapat menyelamatkan dirinya sekitar pagi semalam lalu menghubungi kakak sulungnya yang kemudian segera mengambil mangsa dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan sementara mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk pemeriksaan.


2 ulasan: