Gambar Hiasan
SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai kurang siuman membuat ‘tontonan percuma’ apabila dia melondehkan seluar pendek dan mendedahkan kemaluannya kepada orang awam di sebuah kedai di sini tengahari kelmarin.
Difahamkan, lelaki warga asing yang berumur dalam lingkungan 20-an berpurapura gila dilihat memakai pakaian yang lengkap pada sebelah pagi.
Lelaki terbabit dikatakan memaki-hamun orang awam yang memerhatikannya sehingga memarahi sesiapa sahaja dalam bahasa Indonesia.
Pada tengah hari itu, lelaki tersebut dilihat hanya memakai seluar pendek dan ada orang mengadu dia telah mendedahkan kemaluannya di khalayak ramai.
Warga asing terbabit kemudiannya pergi ke sebuah kedai kopi untuk mencuri biskut dan air minuman disamping menganggu ketenteraman awam.
Tindakan ‘orang gila’ tersebut menyebabkan seorang pekerja kedai kopi di situ marah dan berteriak sambil menghalaunya.
Pasukan keselamatan NKRA yang berada di situ kemudiannya bertindak menangkap lelaki itu dan mengheretnya ke Balai Polis Sentral.
Meskipun sudah ditangkap, lelaki kurang siuman tersebut menyanyi sepanjang jalan sehingga di bawa ke lokap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan