Isnin, 17 Disember 2012

Ular Sawa Masuk Rumah


Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang pembantu rumah kepada ahli peniagaan bergelar Datuk tergamam apabila terjumpa ular sawa dianggarkan sepanjang 10 meter memasuki sebuah rumah di Jalan Astana, Petra Jaya, kelmarin.

Lebih mengejutkan, ular sawa tersebut baharu menelan kucing peliharaan keluarga berkenaan, dipercayai jenis Parsi.

Wanita berkenaan seterusnya memaklumkan insiden sekitar jam 10 malam itu kepada majikannya dan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

Selang beberapa minit kemudian, empat anggota JPAM tiba di rumah tersebut untuk menangkap ular berkenaan.

Ular itu dikatakan dilepaskan semula ke dalam hutan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan