Sabtu, 21 Julai 2012

Berkawan Dengan Ular Sejak Kecil

Uorn amat menyayangi Chamroeun, ular sawa yang menjadi kawannya sejak kecil

Seorang budak lelaki dari Kemboja iaitu Uorn Sambath menarik perhatian orang ramai apabila dia berkawan dengan seekor ular sawa yang di beri nama Chamroeun yang bermaksud "kemajuan". Chamroeun telah menjadi binatang kesayangan sejak Uorn kecil lagi. 

Semasa Uorn berusia 3 tahun, bapanya menemui seekor ular sawa di dalam rumah mereka. Bapa Uorn tidak membunuh ular sawa tersebut sebaliknya dia melepaskan ular sawa itu ke dalam hutan. Tetapi ular sawa tersebut kembali semula pada hari berikutnya. Bapa Uorn pun mengambil keputusan untuk memelihara ular sawa tersebut. Sejak itulah ular sawa tersebut di pelihara oleh keluarga Uorn.

Pihak berkuasa tempatan pernah berhasrat untuk mengambil ular sawa tersebut dan di hantar ke zoo, tetapi mereka membatalkan hasrat apabila melihat keakraban di antara Uorn dan Chamroeun yang tidak dapat dipisahkan. 

Meskipun Chamroeun dianggap sebagai binatang yang merbahaya, tetapi ibubapa Uorn tidak sedikitpun berasa bimbang kerana mereka melihat keakraban Uorn dan Chamroeun sejak dari kecil lagi. 

Chamroeun dianggap "semangat ajaib" oleh keluarga yang membawa kesihatan yang baik dan kebahagiaan kepada mereka.


16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort9


16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort8
" Kesiannyer ular sawa tu kena duduk ler..."

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort2



16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort1

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort3
Keakraban Uorn dan Chamroeun

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort4

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort5

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort6

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort


Coretan - Eeee....bestnyer tengok Uorn bermain dengan ular sawa kesayangannyer... Kalau ular sawa tu nak kawan ngan saya, saya pun nak juga kawan ngan dier...hehehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan