Jumaat, 13 Julai 2012

Dua Beranak Maut Selepas Kereta Bertembung Lori

Beberapa anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa yang tersepit di dalam kenderaan

KUCHING: Seorang bapa bersama anaknya maut dalam satu kemalangan jalan raya pada awal pagi semalam. Mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut Ansam Libin,55, dan anaknya Jeluka Ansam, 19, berasal dari Siburan. Semasa kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah rakan mereka di Batu Kawa sekitar jam 1 pagi.

Menurut sumber kemalangan di Jalan Datuk Stephen Yong itu berlaku apabila kereta yang dipandu si bapa tibatiba hilang kawalan sebelum dirempuh oleh lori dari arah bertentangan.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan kepala disahkan meninggal dunia awal pagi semalam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Ahli keluarga mangsa hanya mengetahui insiden malang tersebut selepas dimaklumkan oleh pihak polis sekitar jam 7 pagi semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan