Sabtu, 14 Julai 2012

PERHATIAN - Gangguan Air Dekat Loji Lambir 17 Julai

MIRI: Berikutan dengan kerja-kerja penyambungan saluran paip oleh LAKU Management Sdn Bhd pada Selasa, 17 Julai ini, beberapa kawasan berhampiran Loji Rawatan Air Lambir di sepanjang Jalan Miri-Bintulu akan mengalami gangguan bekalan air.

Gangguan akan berlaku dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Antara kawasan terlibat ialah Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir, Kem Penjara Lambir, Kuarters/Berek Loji Rawatan Air Lambir, Kuarters Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Kampung Sungai Dalam, Kampung Batu 6, 7 dan 8, Kampung Mei Min, Kampung Usaha Jaya, PUSPAKOM, Kampung Desa Jaya, Rumah Gindi, Taman Seri Puteri Lambir, Rumah Ampit dan Kampung Bukit Jagus.

Justeru, penduduk di kawasan terbabit dinasihati agar menyimpan sejumlah air yang diperlukan sepanjang waktu tersebut.

Bagaimanapun, mereka yang memerlukan bekalan air segera, boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan menerusi talian 085-436626 atau 085-426626. Kerja-kerja berkenaan akan dilakukan pada hari berikutnya sekiranya cuaca tidak mengizinkan. Pihak LAKU akan berusaha mempercepatkan kerja-kerja tersebut dan segala kesulitan amat dikesali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan