Latifah bersama anaknya, Mohd. Khusairi Drahman setia menunggu
BETONG - Pawang buaya terkenal, Indet Sanabong yang berjaya membunuh Bujang Sebelak di Roban baru-baru ini kini sedia membunuh seekor lagi buaya yang dipercayai telah membaham seorang pengumpul batang rumbia di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini kelmarin.
Bagaimanapun Indet, 49, sedia berbuat demikian jika upahnya berbaloi memandangkan dia dan dua pembantunya bertarung nyawa setiap kali berdepan dengan reptilia ganas itu.
Menurutnya, dia pernah dipanggil untuk menangkap seekor buaya yang telah membunuh seorang penduduk di Sungai Seruai dekat Batang Saribas beberapa tahun lalu tetapi upah yang diterimanya hanya RM300.
Beliau berkata, semua pihak perlu sedar pekerjaan menangkap buaya ganas bukan kerja main-main kerana ia melibatkan nyawa manusia.
"Penduduk di Sungai Seruai dekat Batang Saribas pernah minta tolong saya tangkap buaya dan saya berjaya menangkapnya tetapi upah yang diberi untuk kerja tiga hari hanya RM300.
"Jumlah itu memang tidak berbaloi kerana saya dan pembantu terpaksa bertarung nyawa dengan buaya berkenaan. Saya tidak mahu dipermainkan lagi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam - Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan