Nama Johan As’ari kian meningkat naik dari sehari ke sehari selepas dia berjaya membawa watak gangster dalam drama Juvana.
Selepas itu, popularitinya semakin berada di kemuncak apabila ramai pengarah-pengarah drama cuba menarik Johan berlakon di bawah arahan mereka. Ramai yang mengagumi bakat dan sikap Johan yang sederhana serta peramah melayan peminat-peminatnya.
Secara tiba-tiba, Johan telah dikaitkan dengan mempunyai hubungan dengan pelakon wanita, Nabila Huda atau Abil yang juga anak kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search.
Namun, mereka berdua kerap memberikan jawapan yang mereka hanyalah berkawan rapat sahaja walaupun kadang-kadang perlakuan mereka itu nampak mesra di mata umum.
Semalam, dalam jam 3.00 pagi, Johan telah meluahkan perasaannya yang boleh dikatakan agak jiwang di Twitternya.
Banyak jugalah status yang dikeluarkan oleh Johan. Apa yang menarik, setiap statusnya turut di’mention’ sekali nama Abil. Wah! Dah bercinta ke Johan dengan Abil?
Kalau betul, alhamdulillah. Kalau tak betul, mungkin Johan tengah praktis ‘meluahkan’ perasaan mengikut skrip dalam drama terbarunya kepada Abil? Boleh jadi jugakan.
Johan Asari
Nabila Huda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan