Ahad, 22 Julai 2012

Persahabatan Chito Dan Sang Buaya Pocho


Pertunjukkan Chito Dan Pocho

Best Friends

Costa Rica: Seorang nelayan yang bernama Chito telah menemui seekor buaya yang hampir mati di tembak matanya. Chito yang merasa kasihan lalu membawa buaya itu pulang dan merawat buaya itu sehinggalah buaya itu pulih. 

Buaya yang telah di selamatkan dinamakan Pocho. Chito amat menyayangi Pocho, dan sepanjang masa Pocho sakit dia sentiasa berada di sisi Pocho. Dia mahu buaya itu tahu bahawa tidak semua manusia itu jahat dan mahu membunuh haiwan ganas sepertinya.


Timsahla Arkadaşlık, crocodile friend

Setelah Pocho sihat dan cukup kuat untuk meneruskan kehidupan sendirian, Chito melepaskannya ke tasik yang tidak jauh dari rumahnya. Tetapi Pocho seperti tidak mahu berjauhan dari Chito dan mengikut Chito kembali pulang ke rumah.

“ Setiap kali saya memanggil namanya, dia akan datang kepada saya…” Kata Chito walaupun teragak-agak untuk menceritakan peristiwa 20 tahun yang lalu ketika dia menyelamatkan Pocho. 

Pocho mati pada 11 Oktober 2011 pada usianya 50 tahun. Kematian Pocho amat menyedihkan bagi Chito kerana dia amat menyayangi sahabatnya itu. Bagi Pocho, biarpun dia cuba menjinakkan buaya lain tetapi tidak mungkin sama dengan Pocho. 

Apabila ditanya sama ada Chito akan melatih lain "Pocho", Chito menjawab “Pocho adalah Pocho, dan Pocho hanya satu tiada gantinya”

Persahabatan di antara Chito dan Pocho kini hanyalah tinggal sebuah kenangan indah dan sentiasa di kenang masyarakat di sana.


timsahla arkadaşlık, crocodile friend


Crocodile Costa Rica

Costa Rica Crocodile








Pocho the crocodile dead Costa Rica
Buaya ini telah pun mati pada 11 Oktober 2011

Tetap dalam kenangan " Pocho "


Pocho Dalam Kenangan

Coretan - Sedih ler Pocho dah mati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan