Selasa, 10 Julai 2012

Lelaki Mengamuk Ditembak Mati



PUTRAJAYA - Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.

Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.

Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28, cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika itu mereka membawa bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah pisau.

Beberapa saksi memberitahu, Khalil Afandi yang pada mulanya memakai jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.

Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14 tahun lalu.



Gambar yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya semalam sebelum memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis. Gambar kecil, Khalil Afandi dan Muhdalina.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan