Anggota polis mengangkat mayat Drahman selepas ditemui di Sungai Angkaras
BETONG - Mayat seorang pemotong rumbia yang disambar buaya ketika mangsa membasuh tangan di Sungai Meruang di sini pada Khamis lalu ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa anggota badannya hilang.
Mayat Drahman Chali, 55, ditemui kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian di Sungai Angkaras dekat Kampung Medang dengan kepala, tangan kanan dan kedua belah kakinya hampir putus manakala tangan kiri, leher dan separuh daripada badannya hilang. Kedua-dua sungai itu adalah anak Batang Saribas.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Saifuddin Mustada berkata, mayat mangsa dilihat tersangkut pada sebatang kayu dengan keadaan perutnya terburai ketika ditemui penduduk pada pukul 7 pagi semalam.
"Ahli keluarga mangsa telah melakukan pengecaman dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini semalam - Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan