Jumaat, 20 Julai 2012

Pelajar Ditembak Disangka Burung

Mohd Roydy menunjukkan kesan serpihan peluru dilepaskan seorang pemburu yang mengenai bahu kirinya

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar cedera di bahu kiri apabila terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menyangka mangsa sebagai burung ketika sedang berburu di Kampung Kuala Kejil, Kuala Berang baru-baru ini.

Kejadian pukul 7 malam, 2 Julai lalu itu berlaku apabila Mohd. Roydy Abdul Razak, 17, sedang memanjat sebatang pokok kundang untuk mengambil sarang burung sebelum suspek yang sedang berburu terus melepaskan tembakan ke arahnya sebaik melihat pokok berkenaan bergoyang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang cedera di bahu kiri selepas terkena serpihan peluru dari senapang patah berkenaan kemudian turun sebelum memberitahu terasa kebas.

Katanya, mangsa kemudian telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Bukit Payong bagi mengeluarkan serpihan peluru tersebut keesokan harinya.

"Perkara itu lambat dilaporkan kerana keluarga suspek telah bersetuju untuk menanggung kos perubatan mangsa. Namun sebaliknya berlaku hingga membuatkan keluarga mangsa bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Berang semalam (kelmarin)," katanya pada sidang akhbar semalam.


2 ulasan:

  1. memang elok buat laporan, untuk pengajaran pemburu lain. kes ini budak ni sangat bernasib baik, ada kes (dlm suratkabar) lain yg mangsa meninggal dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro DH. Pernah terjadi juga tertembak kawan sendiri ketika memburu...

      Padam