Selasa, 25 September 2012

Jualan iPhone Cecah Lima Juta Unit

 iPhone 5

NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.

Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.

"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.

Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu. Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.

iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS. - Agensi


2 ulasan:

  1. tahniah buat apple, bro pun boleh order satu nanti masa pelancarannya di M'sia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...kalau ada rezeki lebih, boleh ler... tahniah buat bro DH dapat iphone5 Malaysia yang pertama...

      Padam