Isnin, 24 September 2012

Pekerja Didakwa Bunuh Penyelia

Mohd. Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam

KOTA BHARU - Seorang pekerja lombong bijih besi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh penyelia lombong berkenaan yang juga rakan serumahnya dalam kejadian di Lubuk Stol, Pasir Mas tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Zaidi Abdul Hamid, 37, ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly.

Mohd. Zaidi didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Mohd. Yusof Zakaria, 41, di depan kantin Lombong Bijih Besi Indah Bumi Perfect Mining, Lubuk Stol antara pukul 9.30 pagi hingga pukul 9.40 pagi, 8 September lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan