Isnin, 24 September 2012

Lelaki Cuba Curi Kasut Cedera Dibelasah


KUCHING: Seorang lelaki berusia 31 tahun dari Bako yang cuba mencuri sepasang kasut di sebuah rumah, Jalan Sekama mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan setelah dibelasah oleh pemilik rumah berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, mangsa dikatakan memanjat masuk rumah berkenaan manakala rakannya menunggu di atas motosikal.

Bagaimanapun, insiden itu disedari oleh pemilik rumah tersebut yang bergegas keluar dan terus membelasah suspek.

Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk disoal siasat dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 7 pagi untuk menerima rawatan.

Sementara itu, seorang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala setelah dipukul menggunakan kayu ketika cuba meleraikan pergaduhan di Kampung Merdang Lumut petang kelmarin.

Sebelum kejadian, mereka dikatakan menghadiri kenduri kahwin di kampung yang sama. Mangsa dibawa ke HUS dengan menggunakan ambulans oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 49 tahun mengalami kecederaan di kepala setelah dipukul dengan menggunakan botol.

Pergaduhan itu berlaku antara mangsa dan anak saudaranya sekitar jam 7 malam selepas sesi minum. Bagaimanapun, mangsa hanya dihantar ke HUS sekitar jam 1 pagi semalam setelah isterinya balik bekerja tengah malam.


1 ulasan:

  1. Merdang lumut biasala bro...samseng kpg jak cdak ya...mun jmpa sorang2 lancau la....(bdk2 yg samseng kpg jk).

    BalasPadam