Khamis, 27 September 2012

Remaja Terima Kasut Curi Didakwa


MIRI: Seorang remaja lelaki didenda RM500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret petang semalam kerana kesalahan menerima dua pasang kasut curi.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Mohd Redza Azhar Rezali setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Larry Nanyang, 19, dari Bandar Baru Permyjaya di sini didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didapati dengan curang menerima harta curi iaitu sepasang kasut kanvas jenama Adidas berwarna biru dan sepasang kasut bola sepak jenama Nike berwarna putih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan