Isnin, 24 September 2012

Cubaan Bunuh Diri Minum Racun



MIRI - Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke HUS setelah dipercayai cuba membunuh diri dengan meminum racun pagi semalam.

Mangsa yang berusia 58 tahun itu dikatakan baharu tiba di bandar raya ini beberapa minggu lepas untuk mencari kerja. Dia dikatakan tinggal bersama sepupunya di Taman Everbright, Batu 3.

Sekitar jam 6.45 pagi semalam, sepupunya terjaga setelah terdengar bunyi bising dari bilik mangsa dan ketika diperiksa, mangsa sedang muntah-muntah dan kelihatan botol racun berhampiran.

Mangsa seterusnya cuba menghabiskan racun tersebut namun sempat dihalang sepupunya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan