KUCHING: Gara-gara isteri cuba meminta cerai, seorang lelaki bertindak agresif dan menumbuk muka wanita tersebut, awal pagi semalam.
Menurut wanita dalam lingkungan usia 40-an itu, ia bukan kali pertama insiden seumpama itu berlaku namun dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu dilihat bergaduh di hadapan anak-anak.
Justeru, dia nekad untuk meminta cerai daripada suaminya dan membawa suaminya keluar minum sekitar jam 3 pagi di Batu Empat.
Laporan polis telah dibuat.
Sementara itu, sepasang kekasih mengalami kerugian lebih RM2,000 apabila kereta mereka dipecah masuk berhampiran pusat hiburan di Travillion.
Dalam insiden sekitar 2 pagi itu, mangsa memberitahu bahawa mereka berdua masuk sekejap sahaja ke premis hiburan itu apabila mendapati cermin tepi di bahagian pemandu dipecahkan.
Antara barang yang dilaporkan hilang adalah beg tangan yang mengandungi iPhone, wang tunai berjumlah RM300, dokumen peribadi dan kad kredit.
Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan