Rabu, 26 September 2012

Lelaki Hilang Dokumen Pengenalan Serah Diri Kepada Polis

Chong kelihatan terdesak meminta bantuan polis untuk menghantarnya pulang

SIBU: Seorang lelaki bertindak menyerah diri di Balai Polis Sentral dengan harapan dapat menghantarnya pulang ke negara asalnya, Indonesia selepas kehilangan semua dokumen pengenalan dirinya semalam.

Dikenali sebagai Chong Soon Ann, 55, dia mendakwa dirinya berasal dari Singkawang, Kalimantan Barat tiba di balai polis lalu meminta bantuan daripada beberapa wartawan yang berada di luar balai tersebut.

Katanya dia kehilangan dompet dan semua dokumen pengenalan dirinya.

Malah lelaki tersebut cuba meraih simpati mereka yang berada di sekelilingnya dengan meminta sedikit wang namun dinasihatkan supaya membuat laporan polis terlebih dahulu.

Katanya dia sudah berada di sini antara tiga hingga empat bulan dengan bekerja di sebuah kedai roti di Jalan Lanang.

Selepas keterangannya diambil, lelaki tersebut kemudian dirujuk ke Jabatan Imigresen pada tengah hari semalam untuk tindakan selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan