Selasa, 25 September 2012

Virus Seperti SARS Dikesan Di Asia Barat

Gambar Hiasan

LONDON - Pihak berkuasa Britain memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai sejenis virus sistem pernafasan yang menyerang seorang pesakit dari Qatar. Lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia jatuh sakit selepas diserang koronavirus yang menyebabkan demam selesema biasa selain penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Pada tahun 2003, beratus-ratus orang terutamanya di Asia maut akibat serangan wabak SARS.

Agensi Perlindungan Kesihatan Britain dalam satu kenyataan lewat kelmarin memberitahu bahawa pesakit berusia 49 tahun itu pernah berkunjung ke Arab Saudi baru-baru ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sampel virus daripada pesakit itu hampir menyerupai sampel kuman seorang warga Arab Saudi yang meninggal dunia pada awal tahun ini.

Pihak WHO memberitahu, pihaknya masih mengkaji kesan kedua-dua kes berkenaan terhadap kesihatan orang awam tetapi ia kini menasihatkan orang ramai supaya membataskan perjalanan mereka. - AP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan