Selasa, 25 September 2012

Kerana ‘Cinta’ Pelajar Dirogol Teman Lelaki


MARUDI: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dan menuntut di sebuah sekolah menengah di Bakong dekat sini, mendakwa dirogol oleh teman lelakinya sendiri, di sebuah pondok pengawal keselamatan dalam ladang kelapa sawit di Beluru.

Kejadian tersebut berlaku pada petang 17 September lalu (Isnin) ketika mangsa hendak pulang ke rumah panjang mereka dari sekolahnya selepas habis kelas. Ketika tiba di perhentian bas berhampiran kawasan sekolahnya, tiba-tiba mangsa didatangi oleh lelaki yang dikenalinya iaitu suspek pada jam 2.30 petang.

Suspek kemudian membawa mangsa ke tempat yang sunyi kerana menurutnya ada ‘perkara’ yang hendak dibincangkan dengan mangsa. Tetapi mangsa sebaliknya dibawa ke pondok pegawal keselamatan di mana suspek bekerja.

Bagaimanapun ketika berada di pondok tersebut, suspek bertanya kepada mangsa, sama ada dia mencintainya (suspek) dan memohon supaya mengadakan hubungan seks dengannya (suspek).

Mangsa yang menolak permintaan suspek, kemudiannya telah ditolak hingga jatuh oleh suspek sebelum suspek bertindak merogolnya.

Setelah melakukan perkara terkutuk itu, suspek kemudiannya menghantar mangsa balik ke perhentian bas yang sama, di mana dia mengambil mangsa sebelumnya.

Mangsa yang tiba di rumah kemudian mengadu perkara tersebut kepada keluarganya, sebelum mereka membuat laporan polis di Balai Polis Beluru, Bakong.

Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Mohd Ruslan berjaya menangkap suspek yang berasal dari Rumah Empaga, Beluru di Bakong pada jam 12 tengah hari kelmarin (Ahad).

Pagi semalam, suspek telah dihadap ke mahkamah dan diarah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut polis. Suspek yang berusia 18 tahun didakwa di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan.

Reman terhadap suspek telah diluluskan oleh Majistret Joseph Belayong yang juga Pegawai Daerah Baram.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan