Rabu, 14 November 2012

10 Saksi Kes Rogol


GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengambil keterangan 10 orang saksi bagi membantu siasatan kes tiga anggotanya yang didakwa memperkosa seorang wanita Indonesia ketika ditahan di Balai Polis Perai, Bukit Mertajam dekat sini 9 November lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan berhubung dakwaan yang dibuat wanita berusia 25 tahun itu hampir selesai 95 peratus selepas penahanan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah terbabit.

Menurut beliau, sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut dan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya (DPP) bagi membuat pertuduhan ke atas anggota terlibat.

“Kita telah menahan kerja ketiga-tiga anggota untuk siasatan lanjut sehingga pertuduhan dibuat di mahkamah nanti dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 10 November.

“Polis akan menjalankan siasatan secara telus dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk mengambil tindakan tegas terhadap anggota tersebut,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan