Khamis, 8 November 2012

Pemohon Baru BR1M Daftar 9 - 11 Nov Ini


MIRI: Para pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya di kawasan Sibuti dialu-alukan untuk hadir ke gelanggang bola keranjang Bekenu pada 9 hingga 11 November nanti.

Ini bagi memudahkan urusan bagi pendaftaran BR1M 2.0 untuk para pemohon baharu yang belum menerima bantuan berkenaan.

Kaunter berkenaan adalah atas usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sibuti dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu.

“Kaunter yang dibuka pada ketiga-tiga hari berkenaan bakal memudahkan para pemohon baharu BR1M 2.0,” kata jurucakap berkenaan kepada Utusan Borneo semalam.

Jadual kaunter dibuka pada 9 November adalah dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang sementara pada 10 & 11 November, kaunter dibuka bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Para penerima BR1M yang lepas tidak perlu mendaftarkan diri mereka semula kerana telah didaftarkan secara automatik. - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan