Selasa, 24 Julai 2012

Nurul Ajar Eric Puasa Dan Solat Tarawih



KUALA LUMPUR : Selepas menyandang status isteri untuk kali kedua, penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab gembira dapat menjalani ibadah puasa bersama suami barunya pada tahun ini.

Nurul yang sudah menjanda selama lima tahun dan telah pun bernikah dengan Eric Daniel Depp baru-baru ini, dia mahu mengajar suaminya itu untuk berpuasa sepanjang Ramadhan ini. Bagi Nurul, kehadiran Ramadhan kali ini begitu bermakna buat dirinya dengan ditemani Eric di sisinya.

“Sambutan Ramadan ini amat bermakna buat saya kerana dapat semula menjalankan ibadah puasa bersama suami, Eric, selepas kembali hidup solo selama lima tahun. Saya akan mengajar Eric berpuasa dan rasanya tak susah kerana dia tahu apa itu puasa,” kata Nurul yang dipetik dari ruangan Rap akhbar Harian Metro, semalam.

Mengetahui tanggungjawab sebagai Muslim untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T di bulan puasa ini, Nurul tidak akan ke mana-mana memandangkan ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadah. Malah, dia dan Eric juga akan menunaikan solat sunat Tarawih bersama-sama sepanjang Ramadhan ini.

“Sepanjang puasa ini, kami tidak pergi ke mana-mana kerana saya mahu memberikan tumpuan penuh kepada bulan yang mulia ini. Bagi melengkapkan lagi sambutan Ramadhan tahun ini, kami berdua akan mengerjakan solat tarawih bersama-sama,” katanya.

Berbicara mengenai penyediaan juadah untuk berbuka puasa, Nurul dan Eric lebih suka untuk memasak sendiri berbanding membeli di bazaar Ramadhan.

Kata Nurul, sekiranya berbelanja di bazaar, sikap suka membazir mudah untuk terjadi. Kerana itulah Nurul dan Eric tidak ke bazaar Ramadhan sementalah Eric tidak gemar dengan sikap suka membazir.

“Mengenai juadah berbuka dan bersahur, saya akan masak sendiri kerana jika pergi ke bazaar Ramadan ketika perut kosong, semua makanan yang dijual nampak sedap dan ia boleh mengundang kepada pembaziran. Eric sendiri tidak suka membazir apatah lagi kami hanya berdua. Jadi siapa nak makan makanan yang banyak itu,” kata Nurul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan