KUCHING: Empat lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dengan rakaman klip video mereka mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 14 tahun yang mula diketahui minggu lalu.
Keempat-empat suspek berusia antara 20 dan 30 tahun, ditahan tengah malam kelmarin di rumah masing-masing di Kampung Tabuan Melayu oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis daerah di sini dalam satu serbuan. Kesemua suspek yang tidak menyedari kehadiran polis kerana sedang mabuk, disoal siasat sebelum dihantar ke lokap sementara menunggu siasatan lanjut.
Menurut sumber, dua lagi suspek sedang diburu polis kerana dipercayai menjadi ‘jurukamera’ yang merakamkan klip video tersebut menggunakan telefon bimbit.
Pasangan terbabit dipercayai bersembunyi selepas bapa remaja perempuan berkenaan membuat laporan polis.
Insiden itu terbongkar pada 27 Jun apabila bapa remaja tersebut dari Kampung Tabuan Tengah bersemuka dengan anaknya selepas dia melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki.
Selepas remaja itu mengaku dirinya sebagai individu dalam video tersebut, bapanya yang terkejut segera membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit atas tuduhan merogol kerana anaknya masih bawah umur.
Sementara itu, sumber lain berkata, beberapa klip yang sama dipercayai wujud kerana lelaki-lelaki terbabit menggunakan telefon bimbit mereka untuk merakamkan setiap perbuatan seks yang mereka lakukan bersama remaja perempuan berkenaan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan