Ahad, 22 Julai 2012

Wanita Maut Bertaruh Minum Arak


China: Lima pekerja lelaki yang mempertaruhkan RM50 kepada seorang wanita yang juga merupakan rakan sepejabat mereka untuk meminum sebotol arak beras (rice wine) akhirnya ditimpa musibah apabila rakan wanita mereka menemui ajal.

Kejadian yang berlaku di Bandar Foshan di daerah Guangdong, China itu berlaku pada Mac lalu apabila wanita bernama Ah Yun dicabar oleh lima orang lelaki rakan sepejabatnya untuk meminum arak berkenaan yang mengandungi 40 peratus alkohol.

Ah Yun yang bekerja dengan firma hartanah semenjak Julai tahun lalu menyahut cabaran itu dan meminum arak tersebut sekaligus mendapat wang pertaruhan sebanyak 100 Yuan.

Namun, setelah beberapa jam, salah seorang rakan sekerjanya melihat Ah Yun terbaring tidak sedarkan diri di atas meja pejabat mereka.

Akibat terlalu panik kerana tidak dapat menyedarkan semula mangsa, salah seorang rakan pejabat mereka telah menghubungi suami Ah Yun dan mereka bergegas membawa Ah Yun ke hospital tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya.

Doktor mengesahkan kematian Ah Yun adalah disebabkan oleh tahap alkohol yang terlalu tinggi di dalam salur darahnya.

Menurut doktor tersebut, kadar alkohol dalam darah yang sangat merbahaya adalah 0.30 – 0.39 tetapi tahap alkohol dalam darah Ah Yun sewaktu kejadian adalah pada kadar 0.50.

Dua dari lima rakan sekerja yang terlibat dalam pertaruhan itu menawarkan untuk memberi 5,000 Yuan (RM2,500) kepada keluarga mendiang untuk membayar kos hospital.

Namun, keluarga mendiang telah memfailkan saman terhadap kesemua mereka dan juga syarikat diatas kematian Ah Yun.

Keluarga Ah Yun menuntut 640,000 Yuan (RM320,000) meliputi kos hospital dan pengkebumian, pampasan terhadap ahli keluarga serta kesan trauma terhadap keluarga mendiang.

Mahkamah Daerah Nanhai menetapkan kelima mereka membayar 110,000 Yuan (RM55,000) dan syarikat yang mereka bekerja perlu membayar 10,000 Yuan (RM 5,000) atas kematian Ah Yun kepada keluarganya.

Namun, hingga kini mereka masih lagi menunggu keputusan mahkamah rayuan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan