Sabtu, 22 September 2012

16 Sekeluarga Dibunuh


TEGUCIGALPA - Seramai 16 orang termasuk beberapa orang kanak-kanak dari sebuah keluarga besar dibunuh secara beramai-ramai dengan ada di antaranya di bakar, dalam satu kejadian di kawasan luar bandar di wilayah Olancho, Honduras, kelmarin.

Polis Kebangsaan bagaimanapun belum dapat mengesahkan bahawa berlaku pembunuhan beramai-ramai ketika pasukan penyiasat bercadang untuk ke lokasi kejadian lewat kelmarin.

Menurut saudara mangsa, Leonidas Carrasco, dia tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu ada kaitan dengan urus niaga tanah. - BERNAMA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan