Keadaan motosikal ditunggangi dua beradik yang dirempuh kereta api
SUNGAI PETANI - Seorang gadis yang bekerja di sebuah kilang maut dengan badannya terputus dua manakala kakaknya cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh ialah K. Nalini, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah K. Rani, 22.
Sebelum kejadian pada pukul 12.45 tengah malam, adik-beradik yang bekerja di sebuah kilang di Taman Ria Jaya di sini menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria selepas berkunjung ke rumah rakan di Taman Pekan Baru.
Bagaimanapun, motosikal ditunggangi Nalini dirempuh dan diseret kereta api membawa muatan simen selepas mangsa dikatakan menyelinap di bawah palang penghadang landasan yang sudah ditutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan