Sabtu, 8 September 2012

Betul Ke Nurul Syuhada Letak Jawatan?

Nurul Syuhada Nurul Ain

Personaliti TV3 yang dikenali menerusi rancangan Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan dari stesen TV itu. 

Menurut sumber, Nurul Syuhada sudah menghantar notis perletakan jawatannya yang dipercayai akan berkuatkuasa bermula hujung bulan ini.

Namun tidak dapat dipastikan, tindakan ini disebabkan oleh kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini atau sebaliknya.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya dalam satu program secara langsung yang menyifatkan Bintulu, Sarawak sebagai sebuah daerah daif.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dengan mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku melalui akaun Twitter miliknya. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan