Sabtu, 22 September 2012

Kes Bunuh Pengurus Bank Ditangguhkan


SIBU: Mahkamah Sesyen di sini semalam menangguhkan kes pembunuhan pengurus bank Stephen Wong yang melibatkan dua lelaki dan wanita kepada 23 Oktober depan.

Tertuduh, Ling Hang Tsyr, 31, teman lelakinya, Tiong King Guan, 26, dan Ling Hoe Ing, 24, dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini semalam untuk sebutan kes.

Timbalan Pendakwa Raya ketika ini masih menunggu laporan kimia dan kebenaran untuk meneruskan pendakwaan.

Sehubungan itu, Pegawai Pendaftar Mahkamah Sesyen, Romie Ahmad Zaidi yang mempengerusikan kes tersebut memberikan penangguhan kes itu.

Hoe secara tentatif dituduh membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Ibu Stephen Wong manakala Tiong dan Ling didakwa bersubahat dengan pembunuhan dan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 302 dan Seksyen 34 untuk kesalahan dengan niat melakukan jenayah. Pertuduhan membunuh memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiong diwakili oleh peguamnya Orlando Chua, Ling diwakili Anthony Tai, Roger Chin dan Sempurai Petrus Ngelai, manakala Hoe pula diwakili David Kuok.

Selepas sebutan kes itu, ibu Stephen tiba-tiba rebah apabila dia berjalan keluar dari pintu mahkamah. Keluarganya yang berada di situ membantu untuk mengangkatnya.

Dia menangis dan berkata: “Sangat kasihan… anak itu baru berusia tiga tahun dan dia sudah kehilangan bapanya.

”Beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa dia rindu untuk melihat cucunya, yang kini di bawah jagaan keluarga Ling.

Menurutnya, anaknya sebelum ini telah mengamanahkan dirinya untuk menjaga cucunya itu jika apa-apa yang berlaku kepada diri Stephen.

Mengikut fakta kes pada 14 Jun lalu, polis menemui mayat Stephen dalam kolam mandi yang dipenuhi darah di bilik tidur utama rumahnya di Jalan Hulu Sungai Merah pada jam 1.30 pagi.

Menurut pakar patologi, terdapat kesan luka akibat dikelar di leher mangsa berusia 31 tahun tersebut yang juga ditikam di dada dan perut. Beliau juga mengalami kesan luka akibat mempertahankan diri di kedua-dua belah tangannya.

Hanya isteri dan anak mangsa yang berusia tiga tahun berada di dalam rumah tersebut ketika pembunuhan berlaku.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Ling sebelum ini, dia memberitahu polis bahawa dia terjaga dari tidur apabila mendengar pergelutan antara suaminya dengan penceroboh.

Menurut laporannya lagi, penceroboh telah melarikan diri apabila dia membuka lampu di rumahnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan