Isnin, 24 September 2012

Lapan Lelaki Ditahan Ketika Asyik Berjudi


KUCHING: Lapan lelaki termasuk dua anak-beranak ditahan ketika asyik berjudi di sebuah unit rumah pangsa di Jalan Matang, Batu Sembilan pada malam Sabtu lalu.

Serbuan itu dibuat sekitar jam 10.30 malam hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

Antara barang-barang yang dirampas termasuk peralatan judi jenis holo seperti tin aluminium, tiga biji dadu dan sehelai kain serta wang meja sebanyak RM190.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 53 tahun itu kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan