Jumaat, 14 September 2012

Lima Didenda Kerana Judi Haram Di Tempat Awam


MIRI: Lima lelaki masing-masing didenda RM500 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan bermain judi haram di tempat awam.

Teo Soon Siang, Lai Kian Choy, Magdonal Magdelene, Chan Kok Chun dan Chai Vei Loong, masing-masing dari Bintulu, Taman Friendship, Krokop dan Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, kesemua tertuduh boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, kesemua tertuduh didapati sedang bermain judi haram jenis ‘Hoo Hey How’ (Holo) di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.45 malam, 11 September lalu di tepi jalan kawasan pasar Desa Indah Satu, Jalan Dato Permaisuri 3, Permyjaya di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan