MIRI: Mahkamah Juvana semalam menetapkan 27 September ini untuk mendengar laporan akhlak seorang remaja lelaki yang mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki sebuah motosikal curi.
Manakala juvana terbabit dibenarkan dibebas dengan ikat jamin RM2,000 berserta dua orang penjamin (penjaga) sementara menunggu tarikh tersebut.
Juvana terbabit, 16, dari Baram telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, remaja terbabit didapati dengan curang telah menerima atau memiliki harta curi iaitu sebuah motosikal bernombor pendaftaran QMM2xxx kepunyaan Dayang Nur Khalidah Abdullah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 malam, 3 September lalu di hadapan City Fan, Jalan Kipas di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan