Sabtu, 22 September 2012

Majalah Hina Pejuang Islam


BERLIN - Selepas filem anti-Islam yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan penerbitan sebuah majalah mingguan di Perancis yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW kini sebuah majalah satira di Jerman pula telah melakukan perkara yang hampir sama.

Majalah itu yang bertajuk Titanic memaparkan satu lakaran kartun isteri bekas presiden Jerman Christian Wulff didakap oleh seorang pejuang Islam yang memakai serban sambil mengacukan pisau di muka hadapan majalah untuk edisi bulan Oktober.

Majalah tersebut yang dicetak sebanyak 100,000 naskhah sebulan akan diterbitkan pada 28 September ini.

Editor majalah itu, Leo Fischer berkata kepada majalah berita mingguan Der Spiegel: "Sekarang ini nama Mohammad menjadi perbualan setiap orang di bibir dan kami memberi tindak balas." - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan