Khamis, 6 September 2012

Nelayan Thai Dikhuatiri Lemas Bot Dipukul Ombak


KOTA BHARU - Seorang nelayan Thailand dikhuatiri lemas selepas bot enjin galah yang dinaikinya karam dipukul ombak di perairan Kuala Tujuh, Tumpat awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa Che Seman Che Hasan, 54, dikatakan menaiki bot tersebut bersama adik iparnya Ismail Awang Seman, 54, untuk menangkap ikan di perairan Malaysia.

Ismail berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Pemangku Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh berkata, empat anggota skuba diketuai Penguasa Bomba Kanan II, Wan Muhammad Ramzi Wan Ibrahim ditugaskan untuk mencari mangsa yang masih hilang. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan