Isnin, 17 September 2012

Sambutan Hari Malaysia Meriah

Sambutan Hari Malaysia ke-49 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu

SAMBUTAN Hari Malaysia ke-49 yang berlangsung di tapak Lapangan Terbang Bintulu Lama, Bintulu, Sarawak malam tadi berlangsung penuh gilang-gemilang dengan dibanjiri lebih 25,000 pengunjung meskipun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai.

Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan berunsurkan patriotik melibatkan hampir 600 peserta.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Terdahulu, pada sebelah petang, lebih 10,000 orang daripada pelbagai kaum telah membanjiri tapak majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di Kampung Assyakirin, Bintulu yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan