Suspek pecah rumah ahli politik yang diberkas di Luak sekitar jam 3 pagi
MIRI: Dua suspek dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah seorang timbalan menteri dan melarikan 43 unit komputer riba 1Malaysia di Brighton awal bulan ini berjaya ditahan, awal pagi semalam.
Suspek-suspek yang dalam lingkungan usia 20-an hingga 40-an ditangkap di dua lokasi berasingan dalam jangka masa tiga jam.
Suspek pertama diberkas sekitar jam 3 pagi Isnin di kawasan Luak manakala seorang lagi di pusat bandar. Pihak polis turut merampas seunit komputer riba 1Malaysia dan kain songket dalam tangkapan tersebut.
Menurut sumber, suspek dipercayai menjual komputer riba tersebut kepada beberapa pembeli, termasuk dari premis peminjam wang. Salah seorang suspek turut dipercayai terlibat dalam pelbagai aktiviti pecah rumah.
Insiden 4 September lepas itu hanya disedari pada kira-kira jam 4 petang oleh pembantu peribadi timbalan menteri berkenaan.
Bagaimanapun, tarikh sebenar kejadian jenayah itu tidak dapat dikenal pasti memandangkan ahli politik dan keluarganya jarang berada di rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan