GRO China yang ditahan dalam serbuan di Nusa Bestari Jaya, Skudai semalam
NUSAJAYA – Siapa sangka sebuah premis yang hanya memasang lampu malap menjadi tumpuan orang keluar masuk menjelang waktu malam di Nusa Bestari Jaya, Skudai di sini. Ia rupa-rupanya sebuah pusat karaoke yang turut menyediakan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China.
Rahsia keseronokan mengunjungi premis tersebut yang beroperasi sejak dua tahun lalu terbongkar apabila polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat serbuan pada pukul 4.30 pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, pusat karaoke yang beroperasi di tingkat satu dan dua rumah kedai itu bertambah meriah pada hujung minggu apabila premis tersebut membuka operasinya sehingga pukul 7 pagi.
“Pusat karaoke ini merupakan satu-satunya premis yang menjadi tumpuan selepas kesemua pusat hiburan lain di bandar ini ditutup pada pukul 1 pagi.
“Pelangan dari pusat hiburan lain akan menyambung keseronokan di pusat karaoke ini kerana ia beroperasi sehingga awal pagi dan ada kalanya sehingga waktu tengah hari,” kata sumber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan