Isnin, 17 September 2012

Maut Lepas Sambut Hari Malaysia

Keadaan kereta Isuzu Invader terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kereta

KOTA KINABALU - Lima termasuk dua pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia maut dalam kemalangan di Sepanggar berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu di sini malam kelmarin.

Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah malam dan melibatkan empat buah kenderaan itu, mangsa yang terbunuh ialah Ramsin @ Taminsin Pahang, 59; isterinya, Siti Runi Tarawi, 55; Asan @ Hassan Jimi, 55; isterinya, Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi mangsa, Taripan Tamin, 53.

Kesemua mangsa yang menaiki trak pikap jenis Isuzu Invader itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Beaufort selepas menghadiri satu majlis sambutan Hari Malaysia di Tuaran dekat sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan