Sabtu, 8 September 2012

Kereta Dipecah, Ahli Perniagaan Rugi Besar


KUCHING: Kerana dahaga, seorang ahli perniagaan hilang wang tunai RM10,000 termasuk kad prabayar telekomunikasi bernilai RM15,000 serta 14 buah telefon bimbit ketika singgah membeli minuman malam kelmarin.

Mangsa, 45, berkata semasa kejadian dia baharu menutup kedainya yang terletak di Muara Tabuan dan singgah membeli minuman di kedai runcit berdekatan sekitar jam 10 malam.

Menurutnya, kira-kira lima minit selepas dia singgah di kedai minuman tersebut, dia mendapati cermin tepi keretanya dipecahkan dan mendapati beg galasnya juga telah tiada.

“Saya dahaga selepas sehari suntuk melayan pelangan, disebabkan itu saya singgah di kedai tersebut yang juga terletak tidak jauh dari kedai saya kerana ingin membeli air minuman.

“Lima minit selepas itu, saya mendapati cermin kereta saya yang diparkir di luar kedai runcit tersebut telah dipecahkan dan selepas memeriksa ke dalam kereta saya mendapati beg galas saya yang diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan telah hilang,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di pemberita di Balai Polis Simpang Tiga di sini awal pagi semalam.

Menurutnya, beg galas tersebut mengandungi wang tunai RM10,000, kad prabayar bernilai RM15,000, 14 buah telefon bimbit baharu pelbagai jenama, kunci kedai dan beberapa dokumen peribadi.

“Wang RM10,000 adalah hasil pendapatan untuk beberapa hari lepas dan mahu dimasukkan ke dalam akaun syarikat esok (semalam), manakala kad prabayar tersebut adalah untuk dijual termasuk telefon bimbit itu,”katanya.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan